Friday, January 8, 2010

Ayam Masak Paprik

kalau makan kat restoran biasanya aznur akan minta nasi paprik. Sebab kalau nak makan nasi campur, kekadang tu sejuk dah. So, terpaksa pilih masakan yang panas-panas. Favorite nur apa lagi nielah..ayam masak paprik..resipi ni nak collect pasal lain kali tak payah go to restoran saja2 nak makan ayam paprik. Nak try masaklah petang ni...nyum2. tq noormasri..

Bahan-bahan:

1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil
100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat
100 g bunga kubis } dipotong kecil ikut bunganya
100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm
1 biji buah tomato } dipotong 4
3 helai daun limau purut } disiat/koyak sikit
2 ulas bawang putih } di cincang
1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat
1 inci halia } di mayang
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi
4-5 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit air
sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan – optional

Cara-cara menyediakan:

1. Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning) Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi.
3. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air
5. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
6. Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan. Kacau 3 minit
6. Kemudian bolehlah diangkat Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.

Nota: Masakan ini TAK PERLU letak garam sebab dah cukup masin.


Sumber: Noormasri

No comments:

Post a Comment