Wednesday, February 3, 2010

pajeri nanas


suka makan pajeri nanas tapi tak berapa champion nak masak, nasib baiklah dapat resipi nie...semangat jugak sikit nak try masak. sumber resipi dari jintan manis...tq.

Bahan-bahannya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang +  bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( optional)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2.  Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan santan dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba

mee segera


sesapa suka makan mee segera..berhati2lah kerana mee segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.

Begini cara terbaik:
(1) Rebus mi dalam air mendidih.
(2) Bila mi kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.
(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.

:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu.

sumber: chef norzailina

mee udang

resipi mee udang ni dapat dari  jintan manis, nampak sedap dan menarik terutama sekali..UDANG harimau tu...memang delicious!!tq jintan krn sudi kongsi resipi dengan semua orang. minta izin copy at my blog yaa..


Bahan-bahannya

2 ikat spagetti
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
2 biji telur rebus
bawang goreng

Cara:
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan  masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak,  isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.