Tuesday, January 19, 2010

kek span peach

saya sebenarnya tak pandai buat kek, so, cari2 la resipi kek dalam internet ni yang kira bole tahanla jugak citarasanya..ini dia KEK SPAN PEACH dari blog kak inahar. itupun beliau perolehi dr dapur hana jepun dan resipi asalnya pula dr sweet4ever@myR. thanx...lepas ni rajinla saya buat kek hari2...:)






KEK SPAN PERISA PEACH

Bahan-bahan
• 150g tepong super fine
• 150g gula kastor
• 5 biji telor A
• satu sudu besar ovalette
• 80ml jus oren (akak ganti ngan jus peach (dalam tin))
• 80ml minyak / mentega cair
• 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
• 1 sudu teh serbuk penaik
• sedikit pewarna kuning - optional

Cara-cara
1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)

2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus oren,parutan kulit oren dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

6. Bila sejuk boleh hias ikut suka..akak guna whipped cream dan buah peach serta almond nibs sbg hiasan.

Monday, January 18, 2010

Gulai Kacang Panjang Dengan Udang

petang nie..nak masak apa yer...time ujan2 mcm nie, alangkah syioknyer kalu dapat tidur, mkn, tidur and makan...tapi, takleh lah pulak pasal kitaorang ni milik syarikat...jgn pandai2 dtg ke tidak ke pejabat. karang tak dibagi gaji kang susah pulak nak bayor kereta, rumah, nursery anak lagi. jadik, terpaksalah bekerja..utk negara!! so, petang nie sampai umah nak masak apa yer? jeng2 jom masak Gulai kacang Panjang Dengan Udang...dapat dari website alfahanum.fotopage....terima kasih alfahanummmm coz bagi idea nak msk apa ptg ni k...





Bahan2


Kacang panjang
Udang
Santan
Cili api
Bawang merah
Kunyit
Serai
Asam keping
Garam

Cara

1. Tumbuk kunyit, cili api dan bawang merah.
2. Titikkan serai.
3. Campur semua ke dalam santan.
4. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan udang, kacang panjang, garam dan asam keping.
6. Kacau hingga masak.
7. Siap utk di hidang.

Monday, January 11, 2010

ketam masak sri wangi

semalam nampak chef wan masak ketam dalam rancangan world cafe asia. so, sebelum terlupa resipinya baik tulis dekat blog nie.tak ikut 100% pasal lupa2 ingat. so, bukan original resipi. ada tambah2 sikit dari resipi chef.

ketam sri wangi

bahan2:
- serai (potong halus2)
- daun limau purut
- bunga kantan
- ketam
- taucu
- sambal/boleh guna cili boh/cili giling
- halia/bawang merah/putih
- cili hijau
- sos tiram
- garam/gula/bahan perasa

cara buat:
1) cuci ketam bersih2 dan kulitnya dikopak, sepit dipatah2, dan diketuk, goreng dalam minyak yang panas
2) tumis bawang merah,putih, halia, serai, bunga kantan, cili hijau yang dihiris nipis
3) bila naik bau, masukkan sambal lada dan taucu, gaul
4) masukkan ketam yang telah digoreng, gaul
5) masukkan sos tiram, garam, gula dan bahan perasa
6) hidang

ok selamat mencuba...!!!

Friday, January 8, 2010

Ayam Masak Paprik

kalau makan kat restoran biasanya aznur akan minta nasi paprik. Sebab kalau nak makan nasi campur, kekadang tu sejuk dah. So, terpaksa pilih masakan yang panas-panas. Favorite nur apa lagi nielah..ayam masak paprik..resipi ni nak collect pasal lain kali tak payah go to restoran saja2 nak makan ayam paprik. Nak try masaklah petang ni...nyum2. tq noormasri..

Bahan-bahan:

1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil
100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat
100 g bunga kubis } dipotong kecil ikut bunganya
100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm
1 biji buah tomato } dipotong 4
3 helai daun limau purut } disiat/koyak sikit
2 ulas bawang putih } di cincang
1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat
1 inci halia } di mayang
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi
4-5 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit air
sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan – optional

Cara-cara menyediakan:

1. Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning) Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi.
3. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air
5. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
6. Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan. Kacau 3 minit
6. Kemudian bolehlah diangkat Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.

Nota: Masakan ini TAK PERLU letak garam sebab dah cukup masin.


Sumber: Noormasri

ayam masak lemon

sebenarnya, lama jugak mencari resipi ayam masak lemon ni. pernah makan kat satu restoran tu..punyala sedap tak terkata tapi seganlah pulak nak minta resipinya.. cari punya cari dapatlah resipi ni dari internet iaitu resipi dari cik ishzah. nak tahu apa resipinya...nie dia...

Sumber & Gambar : Ishzah



isi ayam

bahan-Bahan

400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan


Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
Sedap dihidangkan semasa panas.

Sos Lemon

Bahan-Bahan

4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:
Rasa sos haruslah masam manis.







Tuesday, January 5, 2010

UDANG GORENG ASAM













BAHAN-BAHAN:

100gm udang sederhana besar
200gm asam jawa | dibancuh dengan
sedikit air
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Perap udang dengan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa selama setengah jam.
2. Selepas itu panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang tadi sehingga garing bersama bahan yang diperap. Angkat.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit saja, tumis baki air asam jawa sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga mendidih.
4. Tuangkan ke atas udang tadi.


sumber: majalah rasa