himpunan resepi-resepi daripada majalah dan internet sebagai koleksi dan panduan kepada aznur dan rakan-rakan agar senang nak cari idea nak masak apa hari ini yer. selamat memasak..
Wednesday, February 3, 2010
pajeri nanas
suka makan pajeri nanas tapi tak berapa champion nak masak, nasib baiklah dapat resipi nie...semangat jugak sikit nak try masak. sumber resipi dari jintan manis...tq.
Bahan-bahannya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang + bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( optional)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,
3.Selepas itu masukkan santan dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Aznur,
ReplyDeleteGreat blog! Love the collection of recipes you have here.
Will definitely visit here often.
Hugs and blessings...xox