selera kampung
himpunan resepi-resepi daripada majalah dan internet sebagai koleksi dan panduan kepada aznur dan rakan-rakan agar senang nak cari idea nak masak apa hari ini yer. selamat memasak..
Wednesday, February 3, 2010
pajeri nanas
suka makan pajeri nanas tapi tak berapa champion nak masak, nasib baiklah dapat resipi nie...semangat jugak sikit nak try masak. sumber resipi dari jintan manis...tq.
Bahan-bahannya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang + bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( optional)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,
3.Selepas itu masukkan santan dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba
mee segera
sesapa suka makan mee segera..berhati2lah kerana mee segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.
Begini cara terbaik:
(1) Rebus mi dalam air mendidih.
(2) Bila mi kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.
(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.
*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.
:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu.
sumber: chef norzailina
mee udang
resipi mee udang ni dapat dari jintan manis, nampak sedap dan menarik terutama sekali..UDANG harimau tu...memang delicious!!tq jintan krn sudi kongsi resipi dengan semua orang. minta izin copy at my blog yaa..
Bahan-bahannya
2 ikat spagetti
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
2 biji telur rebus
bawang goreng
Cara:
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.
2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.
3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.
4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.
5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Tuesday, January 19, 2010
kek span peach
saya sebenarnya tak pandai buat kek, so, cari2 la resipi kek dalam internet ni yang kira bole tahanla jugak citarasanya..ini dia KEK SPAN PEACH dari blog kak inahar. itupun beliau perolehi dr dapur hana jepun dan resipi asalnya pula dr sweet4ever@myR. thanx...lepas ni rajinla saya buat kek hari2...:)
KEK SPAN PERISA PEACH
Bahan-bahan
• 150g tepong super fine
• 150g gula kastor
• 5 biji telor A
• satu sudu besar ovalette
• 80ml jus oren (akak ganti ngan jus peach (dalam tin))
• 80ml minyak / mentega cair
• 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
• 1 sudu teh serbuk penaik
• sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara
1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus oren,parutan kulit oren dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
6. Bila sejuk boleh hias ikut suka..akak guna whipped cream dan buah peach serta almond nibs sbg hiasan.

Monday, January 18, 2010
Gulai Kacang Panjang Dengan Udang
petang nie..nak masak apa yer...time ujan2 mcm nie, alangkah syioknyer kalu dapat tidur, mkn, tidur and makan...tapi, takleh lah pulak pasal kitaorang ni milik syarikat...jgn pandai2 dtg ke tidak ke pejabat. karang tak dibagi gaji kang susah pulak nak bayor kereta, rumah, nursery anak lagi. jadik, terpaksalah bekerja..utk negara!! so, petang nie sampai umah nak masak apa yer? jeng2 jom masak Gulai kacang Panjang Dengan Udang...dapat dari website alfahanum.fotopage....terima kasih alfahanummmm coz bagi idea nak msk apa ptg ni k...
Bahan2
Kacang panjang
Udang
Santan
Cili api
Bawang merah
Kunyit
Serai
Asam keping
Garam
Cara
1. Tumbuk kunyit, cili api dan bawang merah.
2. Titikkan serai.
3. Campur semua ke dalam santan.
4. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan udang, kacang panjang, garam dan asam keping.
6. Kacau hingga masak.
7. Siap utk di hidang.

Monday, January 11, 2010
ketam masak sri wangi
semalam nampak chef wan masak ketam dalam rancangan world cafe asia. so, sebelum terlupa resipinya baik tulis dekat blog nie.tak ikut 100% pasal lupa2 ingat. so, bukan original resipi. ada tambah2 sikit dari resipi chef.
ketam sri wangi
bahan2:
- serai (potong halus2)
- daun limau purut
- bunga kantan
- ketam
- taucu
- sambal/boleh guna cili boh/cili giling
- halia/bawang merah/putih
- cili hijau
- sos tiram
- garam/gula/bahan perasa
cara buat:
1) cuci ketam bersih2 dan kulitnya dikopak, sepit dipatah2, dan diketuk, goreng dalam minyak yang panas
2) tumis bawang merah,putih, halia, serai, bunga kantan, cili hijau yang dihiris nipis
3) bila naik bau, masukkan sambal lada dan taucu, gaul
4) masukkan ketam yang telah digoreng, gaul
5) masukkan sos tiram, garam, gula dan bahan perasa
6) hidang
ok selamat mencuba...!!!

Friday, January 8, 2010
Ayam Masak Paprik
kalau makan kat restoran biasanya aznur akan minta nasi paprik. Sebab kalau nak makan nasi campur, kekadang tu sejuk dah. So, terpaksa pilih masakan yang panas-panas. Favorite nur apa lagi nielah..ayam masak paprik..resipi ni nak collect pasal lain kali tak payah go to restoran saja2 nak makan ayam paprik. Nak try masaklah petang ni...nyum2. tq noormasri..
Bahan-bahan:
1/2 ekor /600 g ayam } dipotong kecil-kecil
100 g lobak merah } dipotong bulat-bulat
100 g bunga kubis } dipotong kecil ikut bunganya
100 g kacang panjang } dipotong sepanjang 4.5 cm
1 biji buah tomato } dipotong 4
3 helai daun limau purut } disiat/koyak sikit
2 ulas bawang putih } di cincang
1 labu bawang besar Holland } dihiris bulat-bulat
1 inci halia } di mayang
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
7 biji cili api }dibelah 2 - jika suka pedas boleh tambah lagi
4-5 sudu besar minyak untuk menumis
sedikit air
sedikit daun ketumbar } dipotong untuk hiasan – optional
Cara-cara menyediakan:
1. Ayam dan sayur dicuci berasingan kemudian toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam kemudian goreng sehingga keluar air ayam dan ayam 3/4 masak sahaja (JANGAN sampai garing/kuning) Keluarkan ayam dari kuali, menggunakan minyak tadi.
3. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sedikit air
5. Selepas menggelegak, masukkan isi ayam dan daun limau purut.
6. Biarkan ayam betul-betul masak dan kuah agak pekat barulah masukkan semua sayuran, cili api, bawang besar dan sos ikan. Kacau 3 minit
6. Kemudian bolehlah diangkat Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit daun ketumbar.
Nota: Masakan ini TAK PERLU letak garam sebab dah cukup masin.
Sumber: Noormasri

Subscribe to:
Posts (Atom)